SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN
DAN KAUNSELING SMK SELANDAR
- Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
- Mengenal pasti keperluaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
- Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
- Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
- Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan petunjuk ajar (instruction) yang merancang perkembangan pelajar secara optimum.
- Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara professional dan beretika.
- Merancang, melaksana mengawalselia aktiviti kemahiran belajr untuk semua pelajar.
- Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperikaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
- Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidkan pencegahan dadah, inhalan, rokok, dan alcohol.
- Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara.
- Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
- Membuat penilaiaan aktiviti, modul instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
- Merancang, menyelaras an menilai sumber dan bahan resos perkhidmatanBimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi pengerak utama dalam programlatihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
- Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
- Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kukurikulum sekolah.
- Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
- Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
- Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri.kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
- Menjadi Urusetia program-program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Jawatankuasa Program Sekolah Selamat dan sebagainya.
- Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Ngeri.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment