Selandar, sebuah kawasan yang agak terpencil dari Kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah, telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.
Ramai pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah-sekolah yang
berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun
Jasin untuk menenruskan pengajian sekolah menengah mereka,masalah pembaziran
masa, pengangkutan dan kewangan telah menambahkan lagi rintangan terhadap
peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan
kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini,
sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk
membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.
Sekolah Menengah Selandar yang terletak 0.3 km dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar yang telah di tempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja. Seterusnya di dalam tahun yang sama bangunan sekolah telah siap dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pendidikan di bangunan sendiri.
Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986.
No comments:
Post a Comment