Thursday, 25 September 2014

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

SEJARAH SEKOLAH

     

        Selandar, sebuah kawasan yang agak terpencil dari Kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah, telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.
Ramai pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun Jasin untuk menenruskan pengajian sekolah menengah mereka,masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan telah menambahkan lagi rintangan terhadap peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.

      Sekolah Menengah Selandar yang terletak 0.3 km dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar yang telah di tempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja. Seterusnya di dalam tahun yang sama bangunan sekolah telah siap dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pendidikan di bangunan sendiri.

Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986.

MATLAMAT SMK SELANDAR

MATLAMAT SMK SELANDAR


    • Meningkatkan prestasi akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, efektif dan berfokus
    • Memaksimumkan penglibatan pelajar dalam semuaaktiviti dan pencapaian cemelang dalam kokurikulum pada peringkat negeri dan kebangsaan melalui aktiviti yang lebih terancang.
    • Menanam sahsiah terpuji, keterampilan dan jati diri dalam kalangan pelajar menerusi program bina insan secara terancang.
    • Menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif, ceria, harmoni, dan selamat membantu  keberkesanan P&P.
    • Meningkatkan pembangunan sumber manusia (pengurus cemerlang) melalui latihan berterusan dengan program pembangunan staf dan pembudayaan ilmu.
    • Mengaplikasikan ICT bagi memantapkan pengurusan dan P&P

VISI SEKOLAH

  • Melahirkan murid-murid yang mempunyai kecenderungan dan minat yang mendalam untuk menguasai ICT memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam Sains dan Matematik.
  • Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif dan bermaklumat agar murid dapat belajar dalam suasana tenang, harmonis dan memberangsangkan.
  • Menempatkan SMK Selandar sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan melalui peningkatan prestasi akademik yang baik, disiplin yang membanggakan serta kepimpinan terpuji.
  • Memastikan semua guru dan kakitangan mengamalkan budaya kerja dan mutu kerja yang cemerlang dengan memfokuskan kepada budaya kerja secara berpasukan dan semangat kekeluargaan.
  • Melengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat bersaing dan berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi

MISI SMK SELANDAR

   MISI SMK SELANDAR
  •      Pendidikan bermutu dan kecemerlangan akademik
  •      Penglibatan maksimumkan dan kecemerlangan kokurikulum
  •      Pembentukan jati diriuntuk sahsiah terpuji, dan berwibawa
  •      Pembudayaan 3K
  •    Pemantapan hubungan komuniti


PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELANDAR


1.     Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2.     Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3.     Menjalankan sesi kaunseling denagan penuh etika dan profesionalisma.
4.  Berusaha melindungi identity klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan  klien.
5.   Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi i  individu dan kelompok.
6.   Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10.Membangunkan potensi individu sebagai modal insan yang mampu menyumbang kepada Negara.

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SELANDAR

SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SELANDAR


  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenal pasti keperluaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan petunjuk ajar  (instruction)  yang merancang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara professional dan           beretika.
  7. Merancang, melaksana mengawalselia aktiviti kemahiran belajr untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif  untuk peperikaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidkan pencegahan dadah,  inhalan, rokok, dan alcohol.
  10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajar di institusi      pengajian tinggi dalam dan luar Negara.
  11. Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaiaan aktiviti, modul instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras an menilai sumber dan bahan resos perkhidmatanBimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi pengerak utama dalam programlatihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kukurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri.kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
  23. Menjadi Urusetia program-program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Jawatankuasa Program Sekolah Selamat dan sebagainya.
  24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Ngeri.
  25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Wednesday, 27 August 2014

KAUNSELLOR SEKOLAH



           KAUNSELOR SEKOLAH

           EN FADLI BIN IDRUS
             

    


   KAUNSELOR SEKOLAH


PN.ANNE NIK ISMADIANA BINTI ISHAK